Taklimat NADI x Keusahawanan 2025 & Pencarian Ikon Usahawan NADI 2025

16 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Januari 2025, Rabu, petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menyertai Taklimat NADI X Keusahawanan 2025 & Pencarian Ikon Usahawan NADI 2025 yang bermula daripada pukul 10:45 pagi sehingga 11:45 pagi. Taklimat tersebut telah dijalankan secara atas talian dan telah dihadiri oleh semua petugas NADI dari negeri Sarawak, Sabah dan Pahang.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Fazli Nizam yang merupakan Sekretariat NADI x Keusahawanan. Objektif taklimat ini diadakan bersama dengan petugas NADI adalah untuk memberi pengenalan kepada program NADI x Keusahawanan 2025 yang bakal diadakan bermula 19 Januari 2025 ini.

Objektif lain program keusahawanan ini adalah untuk melatih lebih ramai usahawan NADI melalui program NADI x PRENEUR, NADI x EMPOWHER dan NADI x KIDVENTURE sepanjang tahun 2025. Pelan pelaksanaan Program NADI x Keusahawanan 2025 ini akan melalui empat (4) fasa.

Semoga program ini mendapat sambutan yang baik daripada usahawan NADI di seluruh Malaysia dengan harapan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka dan menaik taraf tahap ekonomi mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali